Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat Nasakh. Nama Kufi diambil bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya.
Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Ia telah mengalami perubahan daripada bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun bersumberkan daripada bentuk tumbuhan-tumbuhan yang menjalar. Dengan dihiasi pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi ditulis dengan menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris dan juga alat jangka lukis.
Khat Kufi dijadikan sebagai tulisan al-Qur'an di peringkat awal. Khat Kufi mempunyai identitinya tersendiri kerana hanya ditulis oleh sesetengah khattat yang berjiwa seni. Huruf-huruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk yang pelbagai. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattat mengikut kedudukan yang sesuai dalam teks.
Khat Kufi telah melalui empat peringkat perkembangan zaman sehingga sampai ke puncaknya. Pertama, Kufi Andalusi yang lahir di sepanjang zaman pemerintahan orang Arab di Andalusia pada tahun 752 Masihi. Kedua, Kufi Fatimi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang memerintah Mesir dari tahun 909 sehingga 1171 Masihi. Ketiga, Kufi Ayyubi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Ayyubi yang memerintah Mesir, Syria, dan Yaman dari tahun 1169 sehingga 1360 Masihi. Keempat, Kufi Mamluki yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamalik yang memerintah Mesir dari tahun 1250 sehingga 1517 Masihi.
Diantara jenis-jenis khat Kufi yang lain adalah khat Kufi Basit, khat Kufi Murabba', khat Kufi Musattar, khat Kufi Mutalasiq, khat Kufi Muwarraq, khat Kufi Muzakhraf, khat Kufi Madhfur, khat Kufi Muzayyin Nafsah, khat Kufi Muta’assir bil Rasm, dan khat Kufi Musyakkal. Kesimpulannya, dalam penulisan khat Kufi terdapat kepelbagaian dan pelbagai bentuk reka cipta. Penggunaan elemen hias dan kreativiti penulis semakin meningkat, tahap demi tahap sebagaimana yang dizahirkan melalui karya-karya agung mereka. Antara khattat yang terkenal dalam penulisan khat Kufi adalah Mahmud al-Hawari, Badawi, dan Muhammad 'Abdul Kadir. Di Malaysia, Ustaz Muhammad Asrak Hj Mohd Osman terkenal dengan penulisan khat Kufi melalui karya-karyanya yang tersergam indah di bangunan-bangunan sepertimana yang ada didalam Masjid Putra, Putrajaya ketika ini.
Jenis-Jenis Khat Kufi
Diantara jenis-jenis khat Kufi yang lain adalah:
1. Khat Kufi Basit,
2. Khat Kufi Murabba',
3. Khat Kufi Musattar,
4. Khat Kufi Mutalasiq,
5. Khat Kufi Muwarraq,
6. Khat Kufi Muzakhraf,
7. Khat Kufi Madhfur,
8. Khat Kufi Muzayyin Nafsah,
9. Khat Kufi Muta’assir Bil Rasm
10. dan Khat Kufi Musyakkal.
1. Khat Kufi Basit
Khat Kufi Basit dapat dilihat pada kubah Masjid al-Quds, Masjid Thulun di Mesir dan batu nisan kubur dari Iraq hingga ke Maghribi.
2. Khat Kufi Murabba'
Ia adalah daripada jenis khat kufi. Bentuk hurufnya terdiri daripada susunan bentuk segi empat dan garis lurus. Kaedah susunannya adalah susunan yang bersifat memenuhi ruang. Khat ini banyak digunakan sehingga kini sebagai hiasan dalam bentuk geometric pada bangunan – bangunan seperti masjid, surau dan lain – lain lagi.
3. Khat Kufi Musattar
Dinamakan juga Khat Kufi Murabba’ atau Khat Handasi Tarbi’i yang berarti “kubus” atau “geometris persegi empat”. Kaligrafi jenis ini tersusun atas garis-garis lurus atau kejur bertemu garis-garis vertikal yang membentuk sudut-sudut tegak lurus tanpa satu putaran pun. Untuk itu diperlukan pen dan pembaris (mistarah). Dari sini asalnya nama Musattar dinisbahkan kepada mistarah yang dianggap peranan utama dalam penulisannya. Contoh karya Kufi Musattar dapat dilihat pada dinding-dinding mesjid di Baghdad, Karbala, Najaf, dan Samarra atau pada Masjid Sultan Qalawun di Mesir, Masjid Zainuddin Yusuf, Patilasan Umm al-Sultan, dan Masjid Al-Bardini.
Khat Kufi Mutalasiq meninggalkan jarak antara satu huruf dengan huruf sesudahnya, namun lebar huruf-huruf itu sepadan dengan lebar huruf-huruf yang memiliki jarak tetap.
5. Khat Kufi Muwarraq
Khat ini diadun dengan unsure tumbuh-tumbuhan bagi menambahkan kecantikan. Tulisan ini lahir pada kurun keempat dan kelima Hijrah. Perkataan ini ialah, “ Bismillahirahmanir-Rahim”.
6. Khat Kufi Muzakhraf
Ruang kosong khat Kufi ini dipenuhi dan dihiasi dengan ukiran berasaskan tumbuh-tumbuhan. Contoh-contoh khat ini boleh didapati di Sekolah Sultan Hassan di Mesir. Perkataan ini ialah ‘al-Quddusus Salam’.
7. Khat Kufi Madhfur
Khat kufi ini dinamakan juga Kufi berikat atau bercantum. Khat Kufi ini wujud pada kurun keenam Hijrah dan berkembang di Andalusia.
8. Khat Kufi Muzayyin Nafsah
Khat Kufi jenis ini ditulis secara memanjang memenuhi ruang kosong dan berdekatan antara satu sama lain.
9. Khat Kufi Muta’assir Bil Rasm
Dalam Kufi yang “dipengaruhi lukisan” (muta’assir bil rasm), lukisan hampir menutupi keseluruhan bagian tulisan sehingga bagian tulisan hamper tidak kelihatan. Dan ada juga khat kufi yang berafiliasi ke masa di antaranya khat kufi berjalan melalui empat periode kekuasaan yang telah mengatarkannya ke puncak keindahan yang mengagumkan. Keempat periode itu ialah: Periode Andalusia, Periode Fatimiyah, Periode Ayubiyah, dan Periode Mameluk.
10. Khat Kufi Musyakkal
Khat Kufi jenis ini dijumpai di Maghribi. Perkataan ini ialah, “al-Mulku- lil-Lah”.
rujukan:
- http://www.callidesign.com.my
- http://www.firdausmahadi.com
Casino | DrMCD
ReplyDeleteHotel Review 대전광역 출장마사지 & Hotel Information for the Casino at Dr. Welcome to the casino, a hotel and a 안산 출장마사지 nightclub. There 계룡 출장마사지 are a few hotel rooms 서울특별 출장안마 that are Address: 804 East, 속초 출장마사지 Atlantic City, NJ 08401 Rating: 4 · 2 reviews