Saturday, December 29, 2012

Berbaloi beli barangan terpakai

Kalau korang tanya aku berbaloi ke beli barangan terpakai? sudah tentu aku akan menjawabnya dengan yakin berbaloi-baloi. Kenapa? untuk soalan itu jawapannya adalah subjektif terpulang kepada kefahaman masing-masing. Jawapan peribadi aku sebab aku suke barangan terpakai kerana dalamnya mungkin terselit barangan lama yang tiada lagi dalam pasaran atau rare.

Sebenarnya, membeli barangan terpakai ni sangat berbaloi dan dapat menjimatkan perbelanjaan harian kita. Kesan dalam membeli barangan terpakai ni boleh mengubah tabiat seseorang menjadi positif dan negatif. Camne tu?...aku mulakan dengan kesan positif iaitu dari segi perbelanjaan iaitu membeli barangan yang dikehendaki lebih murah dari harga pasaran selain itu kalau bijak sikit barang tersebut boleh jual 'up' sikit dari harga belian tadi tapi still bawah harga pasaran. (aku pernah buat yang ni..ehe). Yang negatif pula, belian barangan terpakai korang menjadi satu tabiat yang sukar dihakis sampaikan segala barangan nak pakai yang seken jer kalau elok takpe lagi dah sumbing dan pecah pon beli gak bukan buat hiasan tapi guna pulak tu...bahaya-bahaya. APTB.


So, perkara yang paling penting sekali sebelum membeli barangan terpakai ni adalah kebijaksanaan pembeli sendiri serta belajar dari pengalaman lepas. Jangan sesekali ulang kesilapan lepas takut jadi hobi/tabiat baru plak. Lagi satu kene fokus jangan rambang mata plak tak banyak maknanya korang borong barang terpakai ni.

antara tips yang biasa aku guna:

1) Kenalpasti kedai
kalau takde kedai macam mana nak beli kan..hehe...nanti aku akan listkan senarai kedai-kedai barangan terpakai di entry lain.

2) Buat pemantaun secara kasar.
Kalau kedai baju bundle korang fokus r nak cari apa takkan cari kereta potong plak kat situ.

3) Belek-belek
ada setengah orang istilahkan dengan meng'godek' barang. Dengan erti kata lain korang sentuh dan pegang barang tersebut sehingga puashati. Kalau barangan harian korang uji ketahanan barangan tersebut dan berfungsi sebagaimana anda inginkan,

4)Buat keputusan
Yakni buat keputusan samada barang tersebut untuk kegunaan sendiri, saje-saje simpan (koleksi/hobi) atau yang lebih bijak untuk dijual.




Thursday, December 27, 2012

Ayat Makiyah & Ayat Madaniah....anda tahu?

Ayat Makiyah dan Ayat Madaniah...mestilah tahu...senang jer...ayat ape tu?...macam pernah dengar jer...huhu. Mestilah pernah dengar ia adalah salah satu sifat ayat yang terkandung dalam kitab suci agama Islam iaitu al-Quran Karim.

Entri kali ni saya nak test dalam tulisan jawi yang mana penggunaannya makin pupus ditelan arus permodenan zaman. Kita cuba lihat apakah ciri-ciri dalam Ayat Makiyah dan Ayat Madaniah.


چيري-چيري ايات-ايات مکي دان مادني

برايکوت مروڤاکن ببراڤ چيري عموم يڠ داڤت ممبنتو کيت مڠنالي سام اد سسواتو ايات ايت مکي اتاو مادني:




ا-چيري-چيري ايات مکي:


1
﴾ ستياڤ سوره يڠ ددالمڽ مڠاندوڠي ايات ساجده.
2
﴾ ستياڤ ايات يڠ ممڤوڽاءي کلمة ﴿كلا﴾.
 3﴾ ستياڤ ايات يڠ مڠاندوڠي ڤرکاتان ﴿ياايهاالناس﴾ دان تيدق مڠاندوڠي ڤرکاتان ﴿ ياايهاالذينءامنوا﴾
4﴾ستياڤ ايات يڠ مڠاندوڠي قيصه ڤارا نبي دان رسول يڠ تردهولو ملاءينکن سوره البقرة.
5﴾ ايات-ايات يڠ مڠاندوڠي قيصه نبي آدم دان هاوا کچوالي د دالم سوره البقرة.
6﴾ ستياڤ ايات دان سوره يڠ دمولاي دڠن حروف-حروف حجاءييه سڤرتي ﴿حم﴾ دان ﴿الم﴾ د ڤڠکل سوره کچوالي سوره البقرة دان ال عمران.
ب- چيري-چيري ايات مادنية
 

1
﴾ ستياڤ سورهڽ مڠاندوڠي کايذينن دري الله اونتوق برجيهاد دان منرڠکن حکوم-حکوم مڠناءيڽ.
2
﴾ ستياڤ ايات دان سوره يڠ ممبيچاراکن تنتڠ قوم منافقون کچوالي سوره العنکابوت.
3
﴾ ستياڤ ايات دان سوره ممبيچاراکن تنتڠ حکوم-حکوم فرائض، سؤال-سؤال حق، اوندڠ-اوندڠ عوام، سوچيال دان کنݢارأن.
4﴾ ستياڤ ايات دان سوره يڠ مڠاندوڠي ڤرديبتن دڠن اهلي کتاب دان سروان ترهادڤ مريک سوڤاي تيدق کترلالوان دالم اݢام.

 .Itu sahaja yang dapat saya nukilkan (paste) disini berdasarkan esaimen saya time belajar dahulu

p/s: jangan sesekali letak rujukan esaimen anda atas link page blog ini...nanti lecturer klik kantoi korang

Wednesday, December 26, 2012

Info Zakat Pendapatan



Salam Sejahtera dan Selamat petang,

Bersempena bulan Disember ini sebagai bulan penghujung tahun 2012 ini terasa ingin berkongsi sedikit info berkenaan zakat pendapatan kita hasil carian daripada encik Google. Tambahan pula tahun depan kalau dimurahkan rezeki aku akan dapat menikmati gaji pertama berstatus tetap. InsyaAllah. Selama ni makan elaun jer. Apa pun ia dari sumber yang halal. Alhamdulillah :)


Sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai zakat pendapatan perlulah difahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan 'pendapatan' iaitu bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional.

Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. 
Contoh: Gaji tahunan, Tunggakan gaji, Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat), Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya.
Contoh:, Khidmat guaman, Khidmat nasihat, Juru perunding, Rawatan perubatan

SYARAT WAJIB ZAKAT

1.Islam.

 Mesti beragama Islam, Jika tidak Islam atau murtad dan sebagainya terbatal ibadat zakatnya.

 
2.Merdeka.
Merdeka atau bebas yang beerti bebas dari menjadi hamba kepada seseorang.

3.Sempurna Milik. 
Bermaksud ia mestilah milik si pemberi zakat bukan milik orang lain seperti barang yang masih ada hutang dari pemilik asalnya

4.Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat.
Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha' menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai 'mal mustafad' iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat.

5.Cukup nisab.
Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas. 

6.Cukup haul.
Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya harta wang simpanan ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT
Terdapat 3 garis panduan mengira zakat pendapatan

KAEDAH 1
2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab)
CONTOH:
Jika jumlah kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka zakatnya sebanyak RM33,800.00 x 2.5 % = RM845.00

KAEDAH 2
Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenakan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan

KAEDAH 3
Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.

Maka, berikut adalah tiga kaedah bagi memudahkan Si pembayar zakat. Pembayar zakat boleh memilih salah satu kaedah daripada tiga kaedah yang dinyatakan sebagaimana diulang dengar dalam radio IKIM setiap hari. Kalau saya pilih kaedah yang ketiga jer..huhu. Tolak siap-siap tanggungan sebenar then baru bayar zakat. Anda bagaimana?

Nak mudah lagi kira kat kalkulator zakat pendapatan di sini  (Lembaga Zakat Selangor)

p/s: Jangan sampai tak bayar zakat tuan-tuan, ia dapat menyucikan sumber kewangan kita. Tak jatuh miskin pon kalau berzakat...Ayuh kalian Jom bezakat.

p/s/s: sumber dicopy dari sini dan diolah oleh saya...sebarang kesalahan dan kesilapan boleh tegur direct saya tanpa ragu-ragu. TK

Tuesday, December 11, 2012

Hobi baru....radio fm

Arghh..akhirnya kembali memblog. Setelah penat serta sedikit blur mata dan jari-jemari ni cek setting kat Blogger ni aku tekadkan nak memblog jugak!!...AAK (ade aku kesah)..hehe

Entri kali ni adalah berkenaan hobi baru aku iaitu mengumpulkan radio lama yang ada double speaker atau istilah lainnya Boombox atau Ghetoblaster...xkesah la nak panggil mana-mana pon janji radio ada dua speaker...yang penting radionya berfungsi kaset rosak wa takde hal punyer..ok moh tengok radio aku yang tak seberapa

1) Telefunken PCR 9
p/s: alamak pic blurr r sori..PCR 8 ker 9..ntah
detail: asalnya aku beli beli radio ni berpunca radio kat umah rosak so igt nak replace dengan menda alah ni. Barang seken jer pon. Akan tetapi radio ni aku tak minat sangat pasal satu speaker. Pastu takde port Auxiliary/ Line in..haha komplen plak..Makanya aku letak radio ni kat umah orang tua aku jer..buat hiasan deco-deco jer..barang rare jugak ni berfungsi plak tu jangan memain.

2) Telefunken PCR 11
Kali ni double speaker yeah...hehe
detail: radio ni masih berfungsi dan memenuhi citarasaku double speaker tersebut. Walau bagaimanapun bunyinyer tak mantap sangat name jer made in Germany. Lagi power sound radio kat belakang tu. Yang lawaknya pernah publish ads kat mudah.my alih-alih buyer tu tanye radio kat belakang tu plak..hehe.

3) National Panasonic RX 5030F
Hehe..sengaja aku seliratkan wayar-wayar tu sebab malas nak kalih...ini lah boombox
detail: radio ni aku beli kat kedai besi burok secara tak sengaja lepas jual botol-plastik kosong...elok jer terbaring aku terus sambar jer la. mase tu fikir kalau radio ni rosak sekalipun dapat jadi display pon ok la. Balik rumah try test cube radio ni ok rupenyer bunyik pon sedap ade port aux lagi tu...aku siap wat speaker untuk laptop nak tengok movie..huhu.

p/s: Item for display only not for sale..hehe

jap ade lagi...last but not least..jeng3

4) National RX F2F
nice and modern...mint condition dan cukup sifat..
detail: radio hitam berkilat ni menarik bagi aku atas faktor brandnyer iaitu National jadi aku pon sebat sebelum orang lain sebat. Beli kat baranga terpakai jer ni. Radionya berfungsi dan kasetnya hanya kedengaran motornya sahaja berpusing sebagaimana keadaan radio-radioku yang lain.

itu sahaja yang dapat aku contengkan dalam entri kali ini disamping aku ade target atau azam seterusnya nak dapatkan 2 buah lagi iaitu model Sanyo dan Sharp. itu pun kalau dimurahkan rezki la.


HMN: takkan ada barang baru kalau takda barang yang lama..
Sekian... :)


Sunday, January 15, 2012

PENGENALAN KHAT KUFI

Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat Nasakh. Nama Kufi diambil bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya.

Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Ia telah mengalami perubahan daripada bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun bersumberkan daripada bentuk tumbuhan-tumbuhan yang menjalar. Dengan dihiasi pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi ditulis dengan menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris dan juga alat jangka lukis.

Khat Kufi dijadikan sebagai tulisan al-Qur'an di peringkat awal. Khat Kufi mempunyai identitinya tersendiri kerana hanya ditulis oleh sesetengah khattat yang berjiwa seni. Huruf-huruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk yang pelbagai. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattat mengikut kedudukan yang sesuai dalam teks.

Khat Kufi telah melalui empat peringkat perkembangan zaman sehingga sampai ke puncaknya. Pertama, Kufi Andalusi yang lahir di sepanjang zaman pemerintahan orang Arab di Andalusia pada tahun 752 Masihi. Kedua, Kufi Fatimi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang memerintah Mesir dari tahun 909 sehingga 1171 Masihi. Ketiga, Kufi Ayyubi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Ayyubi yang memerintah Mesir, Syria, dan Yaman dari tahun 1169 sehingga 1360 Masihi. Keempat, Kufi Mamluki yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamalik yang memerintah Mesir dari tahun 1250 sehingga 1517 Masihi.

Diantara jenis-jenis khat Kufi yang lain adalah khat Kufi Basit, khat Kufi Murabba', khat Kufi Musattar, khat Kufi Mutalasiq, khat Kufi Muwarraq, khat Kufi Muzakhraf, khat Kufi Madhfur, khat Kufi Muzayyin Nafsah, khat Kufi Muta’assir bil Rasm, dan khat Kufi Musyakkal. Kesimpulannya, dalam penulisan khat Kufi terdapat kepelbagaian dan pelbagai bentuk reka cipta. Penggunaan elemen hias dan kreativiti penulis semakin meningkat, tahap demi tahap sebagaimana yang dizahirkan melalui karya-karya agung mereka. Antara khattat yang terkenal dalam penulisan khat Kufi adalah Mahmud al-Hawari, Badawi, dan Muhammad 'Abdul Kadir. Di Malaysia, Ustaz Muhammad Asrak Hj Mohd Osman terkenal dengan penulisan khat Kufi melalui karya-karyanya yang tersergam indah di bangunan-bangunan sepertimana yang ada didalam Masjid Putra, Putrajaya ketika ini.


Jenis-Jenis Khat Kufi

Diantara jenis-jenis khat Kufi yang lain adalah:

1. Khat Kufi Basit,
2. Khat Kufi Murabba',
3. Khat Kufi Musattar,
4. Khat Kufi Mutalasiq,
5. Khat Kufi Muwarraq,
6. Khat Kufi Muzakhraf,
7. Khat Kufi Madhfur,
8. Khat Kufi Muzayyin Nafsah,
9. Khat Kufi Muta’assir Bil Rasm
10. dan Khat Kufi Musyakkal.


1.  Khat Kufi Basit




Khat Kufi Basit dapat dilihat pada kubah Masjid al-Quds, Masjid Thulun di Mesir dan batu nisan kubur dari Iraq hingga ke Maghribi.


2.  Khat Kufi Murabba'

Ia adalah daripada jenis khat kufi. Bentuk hurufnya terdiri daripada susunan bentuk segi empat dan garis lurus. Kaedah susunannya adalah susunan yang bersifat memenuhi ruang. Khat ini banyak digunakan sehingga kini sebagai hiasan dalam bentuk geometric pada bangunan – bangunan seperti masjid, surau dan lain – lain lagi.


3.  Khat Kufi Musattar


Dinamakan juga Khat Kufi Murabba’ atau Khat Handasi Tarbi’i yang berarti “kubus” atau “geometris persegi empat”. Kaligrafi jenis ini tersusun atas garis-garis lurus atau kejur bertemu garis-garis vertikal yang membentuk sudut-sudut tegak lurus tanpa satu putaran pun. Untuk itu diperlukan pen dan pembaris (mistarah). Dari sini asalnya nama Musattar dinisbahkan kepada mistarah yang dianggap peranan utama dalam penulisannya. Contoh karya Kufi Musattar dapat dilihat pada dinding-dinding mesjid di Baghdad, Karbala, Najaf, dan Samarra atau pada Masjid Sultan Qalawun di Mesir, Masjid Zainuddin Yusuf, Patilasan Umm al-Sultan, dan Masjid Al-Bardini.


4.  Khat Kufi Mutalasiq


Khat Kufi Mutalasiq meninggalkan jarak antara satu huruf dengan huruf sesudahnya, namun lebar huruf-huruf itu sepadan dengan lebar huruf-huruf yang memiliki jarak tetap.



5.  Khat Kufi Muwarraq