Friday, February 22, 2013

Pejabat Pos Batu Arang!

Pos Malaysia, Batu Arang
Pejabat pos ini terletak di Pekan Batu Arang. Ia masih beroperasi sehingga hari ini. Motif aku letak bangunan ni kerna struktur dan binaan bangunannya yang agak jarang didapati terutamanya di Selangor. Ada lagi ker macam ni? Kalau ada sharekan kat aku ek...huhu

Bagi aku bangunan ni sangat unik. Binaan kayu dan tingkat bawah sahaja yang beroperasi sebagai pejabat pos dan tingkat atas sebagai kediaman ketua pos dalam masa sama memantau kegiatan yang berlaku di bawahnya. Berkesan ker? macam berisiko jer.

Timbul beberapa persoalan setelah berjiran selama bertahun dengan Pejabat Pos ni, kenapa perlu bina pejabat pos menggunakan kayu? sedangkan pejabat pos sedia maklum melakukan pelbagai transaksi kewangan dan apa sahaja yang melibatkan wang. Sangat berisiko kecurian atau kebakaran. Selain itu, kenapa perlu kediaman ketua pos di tingkat atas? Mungkin itu jer yang ada atau sebagai satu langkah sekuriti secara tak langsung.

Walau apa pun, bangunan ini telah banyak jasanya kepada penduduk setempat untuk menghantar surat, bayar bil, urusan ASB, urusan JPJ dan sebagainya.

Oleh itu, bagi aku, bangunan ini wajar dipelihara dan dipulihara bagi mengekalkan keasliaan seni bina bangunan untuk rujukan dan tatapan generasi akan datang.

sekian, TK~

p/s: jemputlah datang ke pejabat pos ni..tak ada amek nombor pon..ehehe~

Thursday, February 21, 2013

Rumah Kuarters Lama

Ini salah satu design rumah feberet aku. Sebabnya aku pernah membesar di rumah designnya camni lebih kurang 20 tahun. Nostalgia betul la rumah ni.Almaklumla anak bomba dok kuarters bomba takkan dok kuarters polis pulak kan. Jom nengok camne design rumah tersebut.
ini rumah kuarters kat jalan jinjang. berdepan dengan stor towing DBKL. bukan kuarters bomba ek~lebih kurang camni la
Aku rasa design rumah ni dipengaruhi ciri-ciri binaan British. Jenis yang macam dalam gambar ni la yang aku minat rumah berkembar ala-ala semi-d camtu..haha. Selain tu, rumah jenis macam ni selalunya disertakan dengan tanah yang agak luas disekelilingnya...kuarters kerajaan sekarang jangan harap la melainkan pangkat yang tinggi.

Melihat dari segi bahan binaannya pula nampak agak kukuh bagi jenis rumah dulu-dulu. dindingnya diperbuat dari bata merah rumah sekarang bata putih, bumbungnya pula menggunakan atap genting merah rumah sekarang guna zink design genting dan daun tingkap daripada kayu. beralih ciri-ciri dalaman pula (setakat diketahui) Rumah macam ni biasanya ada dua bilik dan satu bilik air sahaja. Tapi ruangan dalamnya agak luas (bagi aku). Pastu, ada ruangan lapang tidak berbumbung yang mana sudutnya terletak sebuah tandas. Rare kan..huhu
bahagian dapur dan belakang. sumber google image
Pada bahagian dapur dan belakang yang mencirikan identiti rumah ini adalah ada cerobong asap dapur (stylo tu~) dan pintu belakang yang besar lebih kurang 2meter lebih luasnya (rare ni~). lagi satu tingkapnya sangat unit menggunakan binaan kayu papan dengan rangka besi.


Sekian. TK~

p/s: rase nak beli satu umah camni pastu deco kat dalamnya style olskool..hehe
p/s/s: nanti saya cari semula gambar kuartes bomba tersebut dan 'paste'kan di sini.

Wednesday, February 20, 2013

Budok Malah Skoloh (Budak Malas Sekolah)


Budok Malah Skoloh

Man Khan & Jali B.T



Budok-budok jame loni
Banyok nyakit dop cari
Punoh jane rato riti
Skoloh tok say ngaji

Mok pok jugok susoh hati
Piat gode pon tok jadi
Royat molek pon tok reti
Bakpo lagu ni
Hantar pondok baru jadi
Nok vie tere hati
Kot jale tu pon toksay....


c/o
MasyaAllah
Budok-budok malah skoloh
SadaqAllah
Ambo raso berat do'oh
Boleh pekdoh

MasyaAllah
Budok-budok malah skoloh
SadaqAllah
Ambo raso berat do'oh
Boleh pekdoh

Sudoh slamoni dop pero
Abes sgalo harto bendo
Buleh jadi ore guno
Buleh pimpin negaro
Tapi lain pulok caro
Ko dok nyusoh ko ore tuo
Otok ado pon tok guno
Dok laye pil kudo
Harto takdop tinggal skaro
Kurus kering tinggal krako
Pitih ado prabis koksay...

MasyaAllah
Budok-budok malah skoloh
SadaqAllah
Ambo raso berat do'oh
Boleh pekdoh

MasyaAllah
Budok-budok malah skoloh
SadaqAllah
Ambo raso berat do'oh
Boleh pekdoh

Masaloh.....
Berat do'oh
SadqaAllah
buleh pekdoh
Masaloh budok-budok malah skoloh 2x

Allah
          Bakpo gini
          Apo nok jadi
          Kalu lagu ni raso susoh hati
Allah
          Tok keno skoloh
          Mace panda do'oh
          Beratnyo kalu kito ni tok amik cakno

Anok kito nok jadi gapo?
Pakat-pakat tulong tengok
Takut anok jadi koksay...,
 
MasyaAllah
Budok-budok malah skoloh
SadaqAllah
Ambo raso berat do'oh
Boleh pekdoh

MasyaAllah
Budok-budok malah skoloh
SadaqAllah
Ambo raso berat do'oh
Boleh pekdoh




p/s: dedikasi kepada budak-budak malas sekolah dan malas kerja..hihi

Thursday, February 14, 2013

My father's car is white

Bermaksud kereta bapa saya adalah putih..putih bukan sebarang putih, putih sudah jadi karat...tersadai sudah kereta ni pon...banyak jasa kereta ni..walaupun 'aircond'nye berkonsepkan gerak sejuk plus semput-semput..kereta ni boleh mencapaikan hasrat si pemandunya untuk menuju ke destinasi yang hendak dituju..(Istiqamah betul bapak aku..huhu)

tak yah cerita panjang-panjang...layan terus gambar

ada pintu kat atas bumbung siap (sejarah asal sun roof..ehe)
model kereta ni Nissan Sunny 130y...kalau tak silap...kereta pertama yang aku bawak jalan-jalan setelah berjaya mendapat lesen D.

tak perlu hand brake...cume longgokkan beberapa ketul batu bata di belakangnya..hehe
pernah nampak ker kelibat kereta ni kat jalan raya? mesti tak pernah..kalau nampak pon buat-buat tak nampak kan..huh!
ironinya no plat kereta ni BCC sebelum ni bapak aku pakai Toyota KE-30 no platnya AAB...so kalau dua kereta ni di reunionkan menjadilah AABBCC..best2

extra door on roof~
akhir kalam, jangan lah sesekali sisihkan barang lama kerna tiada barang lama takkan jadi barang baru..

p/s: kereta ni masih ada lagi..karat plus berlumut dah

Tadaaa~ terlatest nih...jadi baja semulajadi untuk tanaman sekelilingnya..hihi
 p/s/s: bapak aku beli kereta ni cash! ko ade? aku pon tak ade...jimat cermat membawa berkat

Saturday, December 29, 2012

Berbaloi beli barangan terpakai

Kalau korang tanya aku berbaloi ke beli barangan terpakai? sudah tentu aku akan menjawabnya dengan yakin berbaloi-baloi. Kenapa? untuk soalan itu jawapannya adalah subjektif terpulang kepada kefahaman masing-masing. Jawapan peribadi aku sebab aku suke barangan terpakai kerana dalamnya mungkin terselit barangan lama yang tiada lagi dalam pasaran atau rare.

Sebenarnya, membeli barangan terpakai ni sangat berbaloi dan dapat menjimatkan perbelanjaan harian kita. Kesan dalam membeli barangan terpakai ni boleh mengubah tabiat seseorang menjadi positif dan negatif. Camne tu?...aku mulakan dengan kesan positif iaitu dari segi perbelanjaan iaitu membeli barangan yang dikehendaki lebih murah dari harga pasaran selain itu kalau bijak sikit barang tersebut boleh jual 'up' sikit dari harga belian tadi tapi still bawah harga pasaran. (aku pernah buat yang ni..ehe). Yang negatif pula, belian barangan terpakai korang menjadi satu tabiat yang sukar dihakis sampaikan segala barangan nak pakai yang seken jer kalau elok takpe lagi dah sumbing dan pecah pon beli gak bukan buat hiasan tapi guna pulak tu...bahaya-bahaya. APTB.


So, perkara yang paling penting sekali sebelum membeli barangan terpakai ni adalah kebijaksanaan pembeli sendiri serta belajar dari pengalaman lepas. Jangan sesekali ulang kesilapan lepas takut jadi hobi/tabiat baru plak. Lagi satu kene fokus jangan rambang mata plak tak banyak maknanya korang borong barang terpakai ni.

antara tips yang biasa aku guna:

1) Kenalpasti kedai
kalau takde kedai macam mana nak beli kan..hehe...nanti aku akan listkan senarai kedai-kedai barangan terpakai di entry lain.

2) Buat pemantaun secara kasar.
Kalau kedai baju bundle korang fokus r nak cari apa takkan cari kereta potong plak kat situ.

3) Belek-belek
ada setengah orang istilahkan dengan meng'godek' barang. Dengan erti kata lain korang sentuh dan pegang barang tersebut sehingga puashati. Kalau barangan harian korang uji ketahanan barangan tersebut dan berfungsi sebagaimana anda inginkan,

4)Buat keputusan
Yakni buat keputusan samada barang tersebut untuk kegunaan sendiri, saje-saje simpan (koleksi/hobi) atau yang lebih bijak untuk dijual.




Thursday, December 27, 2012

Ayat Makiyah & Ayat Madaniah....anda tahu?

Ayat Makiyah dan Ayat Madaniah...mestilah tahu...senang jer...ayat ape tu?...macam pernah dengar jer...huhu. Mestilah pernah dengar ia adalah salah satu sifat ayat yang terkandung dalam kitab suci agama Islam iaitu al-Quran Karim.

Entri kali ni saya nak test dalam tulisan jawi yang mana penggunaannya makin pupus ditelan arus permodenan zaman. Kita cuba lihat apakah ciri-ciri dalam Ayat Makiyah dan Ayat Madaniah.


چيري-چيري ايات-ايات مکي دان مادني

برايکوت مروڤاکن ببراڤ چيري عموم يڠ داڤت ممبنتو کيت مڠنالي سام اد سسواتو ايات ايت مکي اتاو مادني:




ا-چيري-چيري ايات مکي:


1
﴾ ستياڤ سوره يڠ ددالمڽ مڠاندوڠي ايات ساجده.
2
﴾ ستياڤ ايات يڠ ممڤوڽاءي کلمة ﴿كلا﴾.
 3﴾ ستياڤ ايات يڠ مڠاندوڠي ڤرکاتان ﴿ياايهاالناس﴾ دان تيدق مڠاندوڠي ڤرکاتان ﴿ ياايهاالذينءامنوا﴾
4﴾ستياڤ ايات يڠ مڠاندوڠي قيصه ڤارا نبي دان رسول يڠ تردهولو ملاءينکن سوره البقرة.
5﴾ ايات-ايات يڠ مڠاندوڠي قيصه نبي آدم دان هاوا کچوالي د دالم سوره البقرة.
6﴾ ستياڤ ايات دان سوره يڠ دمولاي دڠن حروف-حروف حجاءييه سڤرتي ﴿حم﴾ دان ﴿الم﴾ د ڤڠکل سوره کچوالي سوره البقرة دان ال عمران.
ب- چيري-چيري ايات مادنية
 

1
﴾ ستياڤ سورهڽ مڠاندوڠي کايذينن دري الله اونتوق برجيهاد دان منرڠکن حکوم-حکوم مڠناءيڽ.
2
﴾ ستياڤ ايات دان سوره يڠ ممبيچاراکن تنتڠ قوم منافقون کچوالي سوره العنکابوت.
3
﴾ ستياڤ ايات دان سوره ممبيچاراکن تنتڠ حکوم-حکوم فرائض، سؤال-سؤال حق، اوندڠ-اوندڠ عوام، سوچيال دان کنݢارأن.
4﴾ ستياڤ ايات دان سوره يڠ مڠاندوڠي ڤرديبتن دڠن اهلي کتاب دان سروان ترهادڤ مريک سوڤاي تيدق کترلالوان دالم اݢام.

 .Itu sahaja yang dapat saya nukilkan (paste) disini berdasarkan esaimen saya time belajar dahulu

p/s: jangan sesekali letak rujukan esaimen anda atas link page blog ini...nanti lecturer klik kantoi korang

Wednesday, December 26, 2012

Info Zakat Pendapatan



Salam Sejahtera dan Selamat petang,

Bersempena bulan Disember ini sebagai bulan penghujung tahun 2012 ini terasa ingin berkongsi sedikit info berkenaan zakat pendapatan kita hasil carian daripada encik Google. Tambahan pula tahun depan kalau dimurahkan rezeki aku akan dapat menikmati gaji pertama berstatus tetap. InsyaAllah. Selama ni makan elaun jer. Apa pun ia dari sumber yang halal. Alhamdulillah :)


Sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai zakat pendapatan perlulah difahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan 'pendapatan' iaitu bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional.

Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. 
Contoh: Gaji tahunan, Tunggakan gaji, Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat), Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya.
Contoh:, Khidmat guaman, Khidmat nasihat, Juru perunding, Rawatan perubatan

SYARAT WAJIB ZAKAT

1.Islam.

 Mesti beragama Islam, Jika tidak Islam atau murtad dan sebagainya terbatal ibadat zakatnya.

 
2.Merdeka.
Merdeka atau bebas yang beerti bebas dari menjadi hamba kepada seseorang.

3.Sempurna Milik. 
Bermaksud ia mestilah milik si pemberi zakat bukan milik orang lain seperti barang yang masih ada hutang dari pemilik asalnya

4.Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat.
Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha' menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai 'mal mustafad' iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat.

5.Cukup nisab.
Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas. 

6.Cukup haul.
Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya harta wang simpanan ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT
Terdapat 3 garis panduan mengira zakat pendapatan

KAEDAH 1
2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab)
CONTOH:
Jika jumlah kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka zakatnya sebanyak RM33,800.00 x 2.5 % = RM845.00

KAEDAH 2
Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenakan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan

KAEDAH 3
Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.

Maka, berikut adalah tiga kaedah bagi memudahkan Si pembayar zakat. Pembayar zakat boleh memilih salah satu kaedah daripada tiga kaedah yang dinyatakan sebagaimana diulang dengar dalam radio IKIM setiap hari. Kalau saya pilih kaedah yang ketiga jer..huhu. Tolak siap-siap tanggungan sebenar then baru bayar zakat. Anda bagaimana?

Nak mudah lagi kira kat kalkulator zakat pendapatan di sini  (Lembaga Zakat Selangor)

p/s: Jangan sampai tak bayar zakat tuan-tuan, ia dapat menyucikan sumber kewangan kita. Tak jatuh miskin pon kalau berzakat...Ayuh kalian Jom bezakat.

p/s/s: sumber dicopy dari sini dan diolah oleh saya...sebarang kesalahan dan kesilapan boleh tegur direct saya tanpa ragu-ragu. TK